SURAT TERBUKA RAFIDAH AZIZ KEPADA NAJIB – DIHARAP PERDANA MENTERI DAPAT SEGERA BERI PENJELASAN

SURAT TERBUKA KAPADA PM
Bismillahirrahmanirrahim
DATO’ SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI  DI SELURUH MALAYSIA
Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato’ Sri  Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ‘ SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :
1) UNTUK Dato’ Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )
2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KAPADA  sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU,  iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.
3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.
TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.
Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato’ Sri, dalam Mesyuarat tersebut:
 a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya
  b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG  ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?
JAWAPAN DATO’ SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,
‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian…’
Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato’ Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.
DATO’ SRI  PM ,
Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :
(1) ‘SYARIKAT 3 Individu ’ SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF / MILITARI ,(KECUALI yang telah mereka jual)
(2)  MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN2 atas perkara2 saperti :
⁃ APA yang akan di buat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF / MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.
⁃ KAPADA SYARIKAT2  mana yang  mereka akan jual keping2 tertentu , Tanah yang sekarang MEREKA miliki itu . (KECUALI jika ada ‘arahan2’ tertentu dari pihak atasan)
⁃ UNTUK TENTUKAN apa2 Peraturan dan Perjanjian, SAPERTI  ‘TUKAR TANAH/ LAND SWAP’.
 Ini saperti dalam keadaan, dimana, ada  Syarikat2  yang SETUJU untuk  mereka PINDAHKAN Kem2 LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN Kem2  BARU di lokasi lain ,yang jauh dari bandar.
Sebagai ‘PERTUKARAN TANAH’, Syarikat2 tersebut akan dapat TAPAK2  KEM lama itu, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan PROJEK2 KOMERSIAL , yang sangat MENGUNTUNGKAN. Terutama selepas di NILAI SEMULA/ Revalue, Tanah BEKAS Milik MINDEF ,  kapada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU  transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem2 baru, di kawasan2 luar dari bandar, dan dapat Tapak2 Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK2  KOMERSIAL )
Dapatkah Dato’ Sri SAHKAN, bahawa Projek2 BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS  milik MINDEF / MILITARI ,(yang sekarang MILIK  ‘Syarikat 3 Individu’ )?
Ini CONTOH2  yang di ketahui :
1) PENGKALAN TUDM di Sg Besi, telah di jual KEPADA 1 MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan  kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek ‘Bandar Malaysia’, telah DITARIK BALIK.
KERAJAAN melalui MOF, telah ‘ambil alih’ PROJEK.
Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar olih mereka. Akhirnya, BUKAN  1MDB yang BAYAR  BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN ( iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai)
   2)  KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, di TEMPATKAN SEMULA, ke lokasi2 yang jauh, saperti ke Kluang, Gemas dan lain2. Sebenarnya ISU ini telah di bangkitkan di PARLIMEN, dan juga olih Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika , itu di pengerusikan olih Tan Sri Azmi Khalid.
3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km
4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR)
5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan ‘akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF  yang tidak digunakan’ ,  atau” idle”.
SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada ‘idle’ atau tidak.
SEMUA TANAH MINDEF/ MILITARI, SEKARANG DIMILIKI olih ‘Syarikat 3 Individu’.
6) PENJUALAN tanah Strategik , iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kapada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL.
PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda.
BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato’ Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat ‘kajian lebih   mendalam’.
WALHAL, WANG sudah di perolehi dari Jualan Tapak Tanah olih ‘Syarikat 3 Individu’.
DATO’ SRI ,
Baru2 ini Dato ‘ Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN,  bahawa ‘tanah2 ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan’, akan “di monetise” ‘untuk projek2 lain’ ‘
Saya ingin mendapat PENGESAHAN :
 a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARI , yang SEKARANG MILIK PENUH ‘ SYARIKAT 3 INDIVIDU ‘?
b) BAHAWA akan ada pendekatan2 di ambil, untuk membolihkan bantuan kewangan diberi terus  kepada  1MDB ,  (saperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT olih KERAJAAN , dan BUKAN olih 1MDB,  dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA  SG BESI , kapada IWH- CREC Consortium )?
RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA2 .
SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM:
   a)  NAMA2 3 Individu itu
   b)  NAMA Syarikat mereka
   c)  BUTIR2  PENGSWASTAAN besar2an , secara ‘SEKALI GUS’ , ASET NEGARA , yang sangat  STRATEGIK dan BERHARGA itu.
    d)  SENARAI Menteri2 yang hadhir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET ,  yang Dato’ Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADHIR.
TIDAK ADA apa lagi  yang ‘Rahsia’ tentang Kertas Kabinet itu, kerana  PENGSWASTAAN  SUDAH pun SELESAI.
Projek2 meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF / MILITARY, sudah pun , dan sedang ,dilaksanakan. Cara berterusan, Projek2 BARU akan di RUNDINGKAN ,dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.
KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG  kapada )SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri2 berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..
  ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’
ALLAH SWT MENGHAKIMKAN SEGALA2NYA.
Terima kasih,
Salam Sejahtera,
Rafidah Aziz.
ULASAN – Surat terbuka ini dipetik daripada laman FB Rafidah Aziz Malaysian Citizen dan demi menjaga keaslian luahan hati beliau sebagai bekas menteri, maka semua ejaan adalah dikekalkan sebagaimana tulisan asalnya.
 
Namun, apa yang paling penting ialah Najib Razak harus berani tampil dengan jawapan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rafidah dalam suratnya ini.
 
Diharapkan Najib tidak terus senyap sunyi atau mengambil masa yang terlalu lama untuk memberikan jawapannya.
 

Berani kerana benar dan rakyat tentunya sedang menunggu-nunggu jawapan Najib.

– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id/

.

PERISTIWA YANG AKAN MENGUBAH SEJARAH

BEBERAPA perkembangan penting telah berlaku dalam masa beberapa hari lalu yang berkemungkinan mengubah sejarah negara kita.

 PERISTIWA YANG AKAN MENGUBAH SEJARAH
ROS Surayati tersenyum lebar “membubarkan” PPBM

Pada 5 April, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah “membubarkan” Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Pada 6 April parti-parti Pakatan Harapan (PH), iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PPBM telah mengumumkan secara rasmi penggunaan simbol PKR sebagai lambang tunggal PH untuk pilihan raya umum ke-14.

Pada hari yang sama Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April.

Dengan itu kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang mandat dan wujud sebagai kerajaan sementara atau “caretaker government” sahaja.

Pada 8 April, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan peribadi yang sekali gus mencampakkan beliau ke dalam gelanggang politik.

Menurut laporan yang tular di Internet, beliau telah membuat “kenyataan politik” yang antara lain ditujukan kepada Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad. Boleh baca lanjut DI SINI.

Keputusan ROS, Surayati binti Ibrahim, dicabar oleh kepemimpinan PPBM dan peguam-peguam mereka. Mereka mengambil pendirian arahan ROS tidak jelas dan tidak sah.

Justeru itu PPBM akan terus berfungsi seperti biasa sambil menunggu hasil rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zabid Hamidi, dan keputusan Semakan Perlembagaan (Constitutional Review) yang mereka failkan di mahkamah.

Perintah ROS berbunyi: “Dengan ini diperintahkan bagi sementara supaya pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibubarkan mulai dari tarikh perintah ini.”

Ikut kefahaman PPBM dan panel peguamnya, perintah itu adalah sementara. Dalam bahasa Inggeris “temporary order”. Perintah sementara itu pula merujuk kepada pendaftaran PPBM.

Mengikut pengertian umum atau semantik, pendaftaran sesebuah pertubuhan hanya boleh digantung atau dibatalkan. Tetapi dalam surat ROS itu pendaftaran PPBM “dibubarkan”.

Berkorban Demi Rakyat

Dalam perhimpunan raksasa PH di Pasir Gudang, Johor pada Jumaat malam, Dr Mahathir mengumumkan logo PKR sebagai lambang tunggal PH untuk PRU ke-14 ini.

 PERISTIWA YANG AKAN MENGUBAH SEJARAH
Logo PKR menjadi lambang PRU PH

Pengorbanan besar dan langkah berani oleh parti-parti PH menyetujui satu lambang bersama adalah bukti konkrit iltizam mereka menyelamatkan negara dan rakyat jelata daripada kerajaan kleptokrasi Umno/BN.

Yang menakjubkan adalah parti-parti PH secara pantas dan satu hati mengetepikan egoisme dan keindividuan dengan menawarkan hanya satu lambang kepada pengundi.

Pastinya satu badai emosi yang hebat telah berlaku kepada sebuah parti lama seperti DAP dalam mengambil keputusan untuk tidak menggunakan simbol roket di Semenanjung. Lambang itu telah mereka gunakan sejak PRU 1969.

Namun begitu kepemimpinan PH tidak menolak kemungkinan pelbagai alasan dan sekatan akan dibuat oleh tali barut, aparatus dan “apparatchik” kerajaan bagi menyukarkan penggunaan simbol tunggal itu.

Mereka tahu logo tunggal akan memudahkan pengundi membuat pilihan dan dengan itu memperkukuhkan peluang PH meraih sokongan rakyat jelata.

Dari Istana Ke Arena

Tindakan TMJ meredah masuk ke arena politik telah menjadi tular (viral) dan mencetuskan reaksi massa di kalangan penggiat media sosial.

Saya rasa saya tidak perlu mengulas lanjut hal ini selain mengatakan bahawa garis yang memisahkan raja dan rakyat jelata sebenarnya amat tipis kerana raja juga adalah manusia.

Mitos raja dari kayangan tidak lagi dihayati oleh generasi muda khasnya dan rakyat jelata amnya. Bagi mereka cerita Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun adalah cerita penglipur lara semata-mata.

Sesiapa sahaja, sama ada anak raja atau si papa, kalau dia meredah masuk ke gelanggang politik maka dia mestilah bersedia ditendang terajang.

Dalam dunia digital, sukar bagi sesiapa pun – termasuk raja dalam istana – berlindung di sebalik tembok undang-undang dan adat resam jika mereka memilih untuk terjun ke gelanggang politik.

Rakyat jelata tidak sebodoh yang dianggap oleh para pembesar Umno/BN dan kesetiaan mereka kepada raja bukan emosi menggila tetapi berlandaskan perlembagaan negara.

– http://kadirjasin.blogspot.co.id/2

.

‘TIADA MASALAH TAK JADI MB LAGI, AMBILLAH JAMAL’

Beberapa siri bantahan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos terhadap kerajaan Selangor sejak bertahun-tahun ini menjadi bahan sasaran dalam ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri itu.

Pada ceramah di Paya Jaras, Selangor malam ini, Timbalan Ketua Angkatan muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Afif Bahardin membuat lawak jika pengundi salah pilih, mereka akan mendapat Jamal sebagai menteri besar.

“Mahukan seorang menteri besar kacak memakai ‘suit’ atau Jamal yang pakai tuala?” tanya Afif sambil hadirin tertawa.

Kemudiannya, Menteri Besar (kerajaan sementara) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga menyebut tindakan gimik Jamal dalam ucapan beliau.

“Saya tiada masalah jika tidak menjadi MB lagi, ambillah Jamal,” kata Azmin berjenaka.

‘TIADA MASALAH TAK JADI MB LAGI, AMBILLAH JAMAL’

Azmin turut mengenang gimik Jamal ketika membuat bantahan di hadapan bangunan SUK, di Shah Alam, Selangor.

“Dia datang dengan tuala dan berus gigi terseliti di telinga, nak mintak mandi di pejabat saya.

“Gila kah,” soal Timbalan Presiden PKR itu.

Azmin mengkritik media milik pemerintah yang mendakwa Selangor berhadapan dengan krisis air.

“Mereka mendakwa rakyat Selangor tidak mandi sebulan, beritahu saya siapa di sini yang belum mandi?

‘TIADA MASALAH TAK JADI MB LAGI, AMBILLAH JAMAL’

“Siapa tak mandi?,” tanya Azmin dan hadirin menjawab “Jamal!”

Dalam ceramah itu, Azmin menyorot pencapaian kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau, termasuklah pelaburan asing.

Beliau turut pengundi untuk turun mengundi berama-ramai dan memaklumkan persempadan semula SPR memberi kesan paling besar kepada Selangor.

Parlimen bubar pada Sabtu lalu dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

Dewan Undangan Negeri Selangor dijangka dibubarkan esok.

– M’kini

.

AZMIN ALU-ALUKAN SOKONGAN UMMI HAFILDA

Ketika ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiapkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghadapi pilihan raya umum ke 14,

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau mengalu-alukan sokongan semua pihak dalam mempersiapkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghadapi pilihan raya umum ke 14.

Sokongan itu, kata Menteri Besar (kerajaan sementara) Selangor itu termasuklah daripada adik perempuannya Ummi Hafilda yang pernah dilaporkan renggang hubungannya dengan beliau.

“Saya ok dengan hal itu. Saya tiada masalah.

“Dalam pilihan raya, setiap undi dikira,” Azmin memberitahu pemberita selepas melancarkan konvoi logistik dan jentera PKR untuk PRU14 di Kompleks Belia dan SUkan Selangor di Shah Alam.

AZMIN ALU-ALUKAN SOKONGAN UMMI HAFILDA

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran mengejutkan Ummi Hafilda semasa majlis kutipan dana Pemuda BERSATU tengahari tadi.

Kehadiran Ummi Hafilda yang duduk semeja bersebelahan dengan Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad menarik tumpuan ramai kerana dia dikenali sebagai pengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ummi Hafilda juga memberitahu wartawa beliau masih belum berbaik dengan Azmin tetapi merumuskan pertalian keluarga tidak akan terputus dan sekarang beliau berkongsi matlamat untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Menjelaskan lanjut, Azmin berkata beliau gembira dengan sebarang sokongan yang ditunjukkan kepada Mahathir dan HARAPAN.

“Saya gembira dan saya agak terkejut untuk bertemu dengan dia (Ummi) di majlis tersebut…Tapi saya perlu segera beredar.

“Saya hanya di situ untuk menyapa Tun dan saya perlu kembali ke sini,” kata Azmin.

Ummi Hafilda menjadi terkenal setelah muncul sebagai saksi dalam perbicaraan kes sodomi Anwar yang pertama dulu.

Ummi turut terlibat dalam kem Barisan Nasional pada PRU13 lalu.

– M’kini

.

SEKARANG TMJ KATA TAK BERPIHAK MANA-MANA PARTI POLITIK

Kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim semalam mengundang pelbagai maklum balas daripada ramai pihak.

Hari ini, Tunku Ismail sekali lagi mengeluarkan kenyataan di laman Facebook, Johor Southern Tigers.

Berikut disiarkan kenyataan penuh TMJ:

Baca betul-betul dan fahamkan dahulu. Bukan terus ‘breakdance’.

Saya berikan pendapat saya secara ikhlas yang mana saya fikirkan adalah yang terbaik untuk negeri saya. Ia adalah pendapat peribadi saya dan dengan kedudukan saya, saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik atau individu.

SEKARANG TMJ KATA TAK BERPIHAK MANA-MANA PARTI POLITIK

Bila saya memikirkan tentang sesuatu, saya akan memikirkan apa yang terbaik untuk negeri Johor dan saya tidak akan membiarkan emosi saya menganggu pendapat saya.

Tetapi apa pun, orang ramai berhak untuk memberikan pandangan mereka sendiri.

Mereka berhak untuk menyokong sesiapa yang mereka mahu dan berhak untuk mempunyai pendapat masing-masing. Itu hak semua orang.

Saya tetap berpegang walau sesiapa pun yang akan menjadi ketua dalam negara, beliau bukan berkhidmat untuk idealogi parti tetapi perlu berkhidmat kepada rakyat. Keutamaan yang pertama adalah rakyat.

Apa-apa kenyataan yang saya bagi semalam, itu adalah pandangan peribadi saya tetapi rakyat berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk masing-masing. Di negeri Johor lain.

Demi rakyat Johor

Anda perlu faham bahawa di negeri Johor lain, kami mempunyai cara kami yang tersendiri. Oleh itu janganlah terbawa pengaruh dari luar masuk ke negeri Johor. Manakala yang di luar sana, jagalah negeri masing-masing dan negara.

Itu adalah pandangan ikhlas saya, tetapi macam mana yang saya katakan rakyat berhak untuk pilih apa sahaja yang rakyat mahu. Tetapi ingat, bahawa orang yang anda pilih mesti berkhidmat dan beri keutamaan kepada anda. Bukan kepada agenda peribadi.

Pandangan saya adalah untuk negeri Johor. Apa jua yang saya fikir dan apa yang saya buat adalah demi rakyat Johor. Pada saya, rakyat Johor yakin dengan kepimpinan DYMM Tuanku Sultan Johor

Saya dilahirkan untuk menjaga negeri Johor. Jadi, itu adalah tanggungjawab saya. Saya tidak cakap saya sokong Tun Mahathir, Dato Seri Najib atau sokong mana-mana pihak. Saya jenis berterus-terang.

Sebelum ini ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Dato Seri Najib (Razak), saya tegur! Dan juga apabila Tun Mahathir (Mohamad) ada isu pun saya tegur. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak menyokong sesiapa.

SEKARANG TMJ KATA TAK BERPIHAK MANA-MANA PARTI POLITIK

Saya hanya tidak bersetuju apabila sesetengah individu yang pernah ada krisis dengan negeri Johor cuba mengambil negeri Johor! Kerana ini negeri saya. Negeri yang ayahanda saya dan datuk moyang kami mempertegakkan apabila berlaku sebarang krisis. Takkan begitu mudah rakyat lupakan krisis tersebut?

Walaubagaimanapun, perlembagaan negeri Johor dan institusi negeri Johor perlu dikekalkan, dan kedaulatan serta kesejahteraan negeri Johor mesti menjadi keutamaan. Takkan itu pun amat susah untuk difahami?

Anda hendak sokong sesiapa, anda sokong. Tetapi seperti yang saya katakan, apa jua urusan dalam negeri Johor itu antara saya dan rakyat Johor. Saya rasa orang lain tidak perlu masuk campur dan bersuara. Majoriti apabila kami buat kaji selidik, datang daripada luar.

Apa yang akan terjadi dalam Malaysia itu urusan anda. Apa keputusan yang terbaik saya rasakan untuk negeri Johor itu antara saya dan rakyat saya. Kami boleh bersama berbincang, sama-sama berbual dan saya beri pendapat saya, mereka bagi pendapat mereka.

Itulah perkara yang membuatkan negeri ini maju, kerana kami saling berkongsi pendapat dan yang penting sekali adalah ikhlas serta taat kepada institusi dan juga perlembagaan negeri Johor.

– M’kini

.

SPR AKHIRNYA AKUR

SPR akhirnya akur bahawa Pakatan Harapan atau lebih tepat, calon-daripada DAP, Amanah dan Bersatu tidak perlu mendapat kebenaran suruhanjaya itu jika ingin menggunakan simbol PKR dalam pilihanraya akan datang ini.
“Kenyataan SPR telah disalah erti seolah-olah keputusan untuk penggunaan lambang PKR oleh ahli parti lain untuk tujuan pilihanraya mesti mendapat kebenaran daripada SPR.
“Ingin ditegaskan kebenaran untuk menggunakan logo PKR  oleh calon yang ingin bertanding  atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu,” kata Pengerusi SPR, Hashim Abdullah dalam suatu kenyataan.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu juga, Hashim memberitahu, sekiranya mereka memilih untuk menggunakan lambang PKR, bermakna hanya lambang berkenaan saja dibenar untuk digunakan di sepanjang tempoh kempen diadakan.
Dengan penjelasan ini, bermakna tiada masalah langsung bagi calon-calon Pakatan Harapan yang  mewakili DAP, Amanah, Bersatu serta PKR sendiri daripada menggunakan simbol tunggal iaitu lambang parti PKR dalam pilihanraya akan datang ini.
Penggunaan simbol tunggal itu akan lebih memudahkan Pakatan Harapan berlawan, seterusnya menumbangkan Najib, UMNO dan BN kerana tiada lagi unsur-unsur kekeliruan di kalangan pengundi.

Dengan itu – LAWAN TETAP LAWAN!!!

– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id

.

‘SAYA MASIH INGAT MATA LEBAM AYAH SELEPAS PULANG ISTANA’

Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh sultan Johor pada tahun 1992, Sultan Iskandar pada tahun 1992, menyifatkan tempoh berkenaan sebagai kebangkitan rakyat biasa yang tampil mempertahankan mendiang bapanya.

“Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan,” tulis Brian dalamFacebook miliknya malam semalam.

Ia selepas cucu Sultan Iskandar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengimbas semula sejarah hitam pada 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.

Baginda berkata beliau yang berumur lapan tahun ketika itu masih ingat bagaimana keluarganya dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, termasuk bondanya yang ditahan oleh kastam sewaktu kembali ke Johor dari Singapura.

‘SAYA MASIH INGAT MATA LEBAM AYAH SELEPAS PULANG ISTANA’

“Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook , semalam.

Menurut Brian dalam tulisannya, beliau masih ingat apabila bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam.

“Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.

“Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.

Ratusan surat

Menurutnya, berikutan insiden itu, ayahnya menjadi bahan percaturan antara “mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke kuasa”.

Brian berkata ingatannya masih segar bagaimana keluarganya menerima ratusan surat sokongan daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

“Paling ketara ialah peti surat rumah saya, yang menerima ratusan surat dari semua lapisan rakyat Malaysia; dari orang yang kami tak kenal pun; yang merakamkan sokongan kepada ayah saya.

‘SAYA MASIH INGAT MATA LEBAM AYAH SELEPAS PULANG ISTANA’“Saya masih ingat drebar-drebar teksi sekitar JB, yang untuk bertahun, enggan menerima apa-apa bayaran tambang dari ayah saya,” katanya.

Menurutnya, ketika itu beliau menyedari bahawa kuasa sebenar bukan milik pihak berkuasa tetapi wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah.

“Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada.

“Kuasa sebenar milik rakyat,” kata Brian ( atas kiri ).

Lucut kekebalan

Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.

‘SAYA MASIH INGAT MATA LEBAM AYAH SELEPAS PULANG ISTANA’

Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.

Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

Benggang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.

Berikutan itu, satu sesi khas parlimen telah diadakan pada bulan Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dibentang dan diluluskan.

– M’kini

.

LIEW: SOKONG ISTANA TAK SEMESTINYA SOKONG BN

Dalam kritikan yang jelas ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa penduduk negeri itu agar tidak terpedaya dengan individu “lidah bercabang“.

Dan ramai nampaknya yang tidak setuju dengan pandangan itu.

Ada yang memilih untuk tidak berlapik walaupun mungkin berdepan tindakan, namun majoritinya dengan penuh beradab mengingatkan Tunku Ismail bahawa dalam sistem raja berperlembagaan, golongan diraja tidak sepatutnya dilihat berpihak dalam pertembungan politik.

Orang ramai juga menyifatkan kecaman Tunku Ismail terhadap bekas perdana menteri itu bersifat peribadi.

Menurut anggota parlimen Kulai Liew Chin Tong, pakar strategi BN berharap kepercayaan dan sokongan orang Johor terhadap istana dapat membantu BN.

“Tetapi saya rasa (berdasarkan) maklum balas yang kita baca semalam, mungkin sokongan (terhadap) istana tidak boleh dipindah kepada BN Johor,” katanya (gambar) kepada pemberita selepas acara di Ayer Hitam, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi DAP Johor bakal mencabar Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong di kerusi parlimen Ayer Hitam pada PRU kali ini.

Beliau ditanya sama ada kenyataan panjang Tunku Ismail yang disiarkan di Facebook semalam akan menyukarkan rancangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menang di Johor – tempat lahir Umno – pada PRU ke-14.

Liew mengimbas kembali slogan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar pada 1946 yang berbunyi “raja adalah rakyat, rakyat adalah raja.”

“Dalam sejarah Malaysia, kuasa rakyat sentiasa penting. Rakyat dan kebijaksanaan pengundi adalah faktor paling penting.

“Penubuhan Umno pada 1946 adalah manifestasi kuasa rakyat pada masa itu. Umno ditubuhkan atas dasar ‘raja itu rakyat, rakyat itu raja’,” katanya lagi.

Beliau mendakwa sejak skandal 1MDB meletus pada 2015, banyak tinjauan menunjukkan sokongan orang Johor terhadap kerajaan BN telah merosot.

Isu penting bagi HARAPAN di johor adalah Datuk Seri Najib Razak, kos sara hidup dan ekonomi.

“BN Johor mungkin cuba memisahkan (kaitan) kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Mereka tidak akan sebut nama Najib kerana nama itu memang toksik dan racun di kalangan pengundi Johor,” katanya lagi.

– M’kini

.

PASTIKAN PILIHAN RAYA KE 14 BERSIH & TELUS

HARI dan saat yang ditunggu-tunggu telah sampai, semalam Najib Razak telah mengumumkan yang hari ini 7 April parlimen penggal ke 13 telah dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke 14 dijalankan.

Segala spekulasi mengenai bila tarikh pilihan raya sudah tidak berlaku lagi. Andaian sebelum ini kononnya Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya sudah termansuh. Najib masih menghormati sistem demokrasi negara ini.

SPR akan mengadakan mesyuarat seberapa segera untuk menentukan hari penamaan calon dan hari mengundi. Dijangka Rabu atau Khamis ini hari paling segera SPR memanggil mesyuarat.

Mesyuarat hanya untuk endrose tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang sudah pun ditetapkan setelah difirasatkan kesekian lama. Najib tidak akan membubar parlimen sekiranya beliau tidak yakin pilihan raya akan berpihak kepadanya? Logiknya masakan Najib sedia menggali kubur atau membuka pintu penjara buatnya?

Untuk urusan itu pewartaan parlimen dibuarkan akan dibuat bersama dengan perwartaan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari ini mengundi. Menurut perlembagaan SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya ke 14. Tarikh pilihan raya tidak boleh ditetapkan melebihi tempoh itu kerana ia melanggar perlembagaan.

Kalau mengikut amalan biasa, penetapan hari-hari penamaan calon dan hari mengundi akan diadakan selepas perwartaan. Biasanya dua minggu paling awal seminggu. Berbeza dizaman Tunku Abdul Rahman dahulu tarikh berpilihan raya panjang dan lama.

Sekiranya tempoh itu diambil kira kita boleh mengadaikan tarikh penamaan calon paling cepat pada, 29 April Mei, dimana hari mengundi pada 9 Mei Mei. Itu adalah perkiraan paling cepat dan juga berdasarkan rekod lalu.

Misalnya pilihan raya ke 13 diadakan pada 5 Mei selepas 30 hari pembubaran parlimen pada 3 April. Sekiranya tempoh itu diikuti maka hari-hari mengundi untuk pilihan raya ke 14 tidak akan terkeluar daripada 5 hingga 9 Mei.

Sementara menunggu SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi kini ada berbagai-bagai telahan mengenai hal itu. Ada meramalkan hari penamaan calon diadakan pada 14 April sementara hari mengundi 26 April. Ini bermakna tempoh kempen hanya 10 hari sahaja. Saya tidak begitu menyakini kalau tarikh ini dipilih Najib sebab ia kurang fengsui?

Ada juga yang meramalkan, hari mengundi 1 Mei sempena hari Buruh kononya tarikh itu dipilih untuk memberi peluang luas kepada pengundi kerana hari itu cuti umum. Kalau tempoh kempen hanya 10 atau 11 hari ini bermakna hari penamaan calon pada 25 atau 26 April. Apakah Najib berasakan selesa buatnya kalau hari mengundi diadakan pada hari cuti umum walaupun itu yang sepatutnya.

Persoalan sekarang apakah kesemua parti politik sudah siap sedia? Apakah nama-nama calon sudah dikenal pasti? Dan bagi parti yang berada dalam kelompok komponen, apakah persefahaman sudah dicapai boleh dijamin tidak timbul sebarang masalah perebutan calon?

Ini penting untuk memastikan komponen itu dapat melalui pilihan raya dengan baik. Selalu berlaku apabila masalah calon dan pembahagian kerusi tidak dapat berjalan dengan baik akan berlaku sabotaj mensabotaj di antara satu sama lain. Akan berlaku peletakan calon untuk tujuan mengalah sesama sendiri.

Perpaudan, maufakat dan kerjasama dijalan selama ini terburai di jalanan apabila isu atau masalah-masalah itu tidak dapat disepakati sehingga ke hari penamaan calon. Justeru semua parti perlu mengambil peluang dalam tempoh beberapa hari ini bagi merapatkan saf dan membina persefahaman tinggi sesama sendiri.

Rakyat  yang menerima sistem demokrasi sangat mengharp pilihan raya kali ini berjalan dengan penuh keadilan, lebih-lebih lagi pilihan raya kali ini yang disifatkan sebagai isu dan bapa kepada segala pilihan raya.

Untuk mengharap kebersihan seratus peratus ia tidak mungkin. Tetapi kalau boleh meminimumkan kesalahan dalam pilihan raya. Apa diharap ialah kepada SPR selaku badan pengendali pilihan raya.

Kita sudah melalui 14 kali pilihan raya. Tidak sepatutnya kejanggalan dan kesumbangan ketara masih berlaku. Apa lagi kalau pilihan raya kita ditertawakan oleh orang asing. SPR patut menjaga wibawa mereka sebagai badan pengendali pilihan raya dan sedia menerima pemantau dari negara luar.

Mengenangi pilihan raya kali ini timbul juga kebimbangan di kepala saya terhadap kesan pilihan raya ini. Ini kerana sebelum ini ada berbagai provakasi mengenai pilihan raya ini. Di pihak pembangkang mereka meramalkan pilihan raya kali ini tersangat kotor bila mana dituduh BN dan Najib terdesak untuk menang.

Kononnya Najib akan melakukan apa sahaja sama ada secara baik atau jahat untuk memastikan kemenanga. Lantaran itu ia menyebabkan pilihan raya jadi tidak bersih. Situasi dihadapi Najib itu akan ditafsirkan pilihan raya ini sebagai sebuah perang menentukan hidup atau mati kepadanya bukan ruang untuk rakyat menegur dan memperbetulkan kepinangannya.

Sekiranya pilihan raya tidak bersih dan memberi kemenangan kepada BN, menyebabkan rakyat akan marah. Desas desus atau ajakan agar turun ke jalan raya memperoteskan kemenangan secara tidak bersih itu sungguh menakutkan.

Manakala di pihak BN pula dilihat bersedia melakukan prokasi atau menganggu proses pilihan raya kali ini. Sekiranya pembangkang menang, dibimbangi kemenangan itu akan diganggu. Kononnya sudah ada persiapan atau mekanisme untuk membuat kacau sehingga pilihan raya berpihak kepada pembangkang itu akan dinafikan.

Misalnya, kenyataan oleh pihak berkuasa kononnya sudah mengenal pasti 1,100 orang individu dan samseng hendak membuat kacau dalam pilihan nanti memberi gmbaran yang pilihan raya ini akan menjadi kacau bilau. Orang ramai mula membuat tafsiran liar, apa lagi sehingga kini pihak polis belum membuat apa-apa tangkapan walaupun pihaknya sudah mengenal parti pesalah.

Mengenai itu semua kita sangat mengharap pihak SPR memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar, tertib dan bersih. Memang kebersihan dan keadilan tidak dapat dipastikan seratus peratus, tetapi setidak-tidaknya perlu mengurangkan kekotoran itu sehingga menjadi jelas.

Begitu juga pihak keselamatan, PDRM dan segala macam agensi pengawalan perlu bertindak dengan penuh profesional. Apa yang penting pilihan raya ini adalah sistem demorkasi yang menjadi amalan negara ini sejak lama dahulu. Kita tidak mahu tiba-tiba sistem ini dimusnahkan begitu sahaja kerana ada mereka yang merogol atau memperkosakannya kerana kepentingan diri mereka.

Akhirnya diucapkan selamat mengudi kepada semua dan gunakan undi anda untuk mengubah masa depan anda bukannya menyelamat masa depan orang lain.

– http://msomelayu.blogspot.co.id

.

DR M: DARI MANA NAJIB DAPAT DANA LAKSANA MANIFESTO?

Sejurus selepas dibentangkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 terus mendapat kecaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

Jika Datuk Seri Najib Razak mendakwa manifesto Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan kerana hanya akan menyababkan negara menanggung hutang sehingga RM1 trilion, pandangan sama turut dinyatakan oleh Dr Mahathir.

“Saya pun ada buat kira-kira sikit.

“Jumlah keseluruhan wang yang akan dibelanjakan mengikut manifesto BN ialah RM300 bilion? Dari mana dia nak dapat duit RM300 billion?

“Dia (Najib) tak ada duit untuk bayar ubat-ubatan di hospital atau beri biasiswa untuk pelajar pun,” katanya dalam ceramah Jelajah HARAPAN di Muar, Johor malam tadi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Dr Mahathir memperoleh jumlah RM300 bilion yang rujuknya kepada manifesto BN seperti dikatakannya itu.

Najib selaku pengerusi BN malam tadi melancarkan manifesto untuk menghadapi PRU ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bertajuk Hebatkan Negaraku, antara janji yang diikrarkan Najib ialah meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun, selain bantuan sekali (one-off) RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang masuk universiti

Puluhan ribu orang membanjiri kawasan berkenaan dan ia didakwa menjadi bukti majoriti rakyat di negara ini kekal bersama BN.

Mengenai janji BN mengangkat martabat wanita Dr Mahathir berkata ia turut dilakuan oleh HARAPAN.

“Kita tak cakap kita akan buat begitu, tapi calon timbalan perdana menteri kita ialah seorang wanita.

“Kita tak cakap saja, tapi kita buat,” katanya merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri oleh HARAPAN.

– M’kini

.