PKR diajak sertai blok politik PAS-IKATAN

PKR diajak sertai blok politik PAS-IKATAN

KOTA BHARU: PKR diajak berkerjasama dengan blok ketiga pati politik di Malaysia iaitu PAS- Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), dalam menjatuhkan Berisan Nasional pada pilihan raya pada pilihan raya ke-14 akan datang.

Pelawaan itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai cadangan balasnya kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Jika ini menjadi kenyataan (kerjasama PKR dengan PAS-IKATAN), ia akan mengukuhkan blok ketiga untuk menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-14,” katanya, lapor MStar Online.

PAS dan IKATAN dipercayai menjadi kuasa politik ketiga utama selepas BN dan Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mohd Amar membuat ajakan itu selepas berpendirian untuk tidak terlibat dengan AMANAH atau DAP dalam pada masa depan.

Majlis Tertinggi PKR sebelum ini secara kolektif meluluskan satu resolusi untuk membuka keanggotaan Pakatan Harapan kepada parti lain bagi mengukuhkan pembangkang.