Mangsa bunuh saling mengenali

Mangsa bunuh saling mengenali

PETALING JAYA: Dua lelaki yang ditemui mati dalam but dua kereta berlainan pada minggu lalu saling mengenali antara satu sama lain, kata polis.

Malay Mail Online melaporkan polis bagaimanapun masih belum mengenal pasti kaitan antara kedua-dua mangsa berkenaan – Saravanan Gopal, 29, dengan seorang lagi, selain motif di sebalik pembunuhan kejam mereka.

Mayat Saravanan ditemui dalam but kereta BMW yang ditarik keluar dari lombong tinggal di Puchong pada Ahad lalu.

Bedah siasat mendapati dia ditembak di kepala dan dada.

Sementara itu, satu lagi mayat ditemui di dalam but kereta Honda Accord yang rentung terbakar di Hulu Langat, Khamis lalu. Mangsa turut ditembak di bahagian kepala.

Kereta berkenaan didaftarkan atas nama R Mathialagan, 43.

Polis setakat ini menahan tujuh suspek bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Saravanan, termasuk dua warga Bangladesh yang bekerja berhampiran lombong di mana keretanya ditemui.

Lima lagi suspek, semua rakyat tempatan, dipercayai mengenali kedua-dua mangsa.

Portal berita itu semalam dalam laporannya, memetik sumber berkata dua pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan dadah dan perbalahan berebut kawasan antara dua geng.

5 ditahan kes mayat rentung dalam kereta

KUALA LUMPUR: Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan satu mayat rentung dalam sebuah kereta Honda Accord yang terbakar di Jalan Genting Pras, Hulu Langat pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata semua suspek itu, yang berusia di antara 27 hingga 43 tahun, ditahan pada 7 Mei lepas dan dipercayai kenalan mangsa.

“Di samping itu, kita mengambil sampel darah dua individu yang dipercayai anggota keluarga mangsa iaitu adik lelaki dan adik perempuannya untuk ujian perbandingan deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Othman berkata semua sampel itu dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia pada 2.30 petang semalam untuk dianalisis.

Khamis lepas, polis menemui petunjuk baharu iaitu sebentuk cincin bagi mengenal pasti identiti mayat yang rentung di dalam kereta berkenaan.

Cincin itu ditemui pasukan polis di dalam but kereta itu pada 7.30 malam Khamis lepas.

-BERNAMA

Polis selamatkan lelaki diculik Along

Polis selamatkan lelaki diculik Along

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai diculik “Along” berjaya diselamatkan polis kira-kira empat jam selepas kejadian di sebuah stesen minyak di Larkin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa dipercayai diculik tiga lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Honda Accord pada kejadian pukul 2 petang itu.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis kemudiannya menerusi Operasi Tutup dan Operasi Kesan berjaya mengesan suspek dan menahan dua lelaki serta kereta jenis Honda Accord dan menyelamatkan mangsa di Skudai,” kata beliau menerusi satu kenyataan di sini malam tadi.

Susulan dari tangkapan itu, pihaknya turun menahan seorang lagi suspek pada satu lokasi yang tidak disebut pada pukul 9.15 malam hari yang sama, katanya.

“Mangsa yang ditahan penculik telah dipukul beberapa kali dan mengalami kecederaan ringan,” kata Sulaiman.

Sulaiman berkata pihaknya turut merampas beberapa barang kes termasuk sebuah motosikal, enam buah telefon bimbit pelbagai jenis, 52 keping kad pengenalan diri milik penghutang serta 16 kertas notis amaran bayaran hutang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah diculik atas masalah pinjaman wang oleh syarikat pinjaman tidak berlesen atau Along.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 363/385 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau sebatan serta denda.

Sulaiman menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pinjaman daripada pihak yang tidak berlesen supaya tidak menjadi mangsa jenayah kekerasan ini.

Pihaknya juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui aktiviti haram itu berhubung terus ke Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan di talian hotline 07-2218999.

– BERNAMA

Tentera, polis dan STORM digerakkan ke Sebuyau

KUCHING: Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam tadi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.

“Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit ‘Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm)’ digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari sini malam tadi, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke sini petang semalam.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota STORM tetap digerakkan menghala ke Sebuyau malam tadi sebagai persiapan awal.

Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan.

– BERNAMA

Khidmat pengiring trafik kepada Dr Mahathir ditarik- KPN

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasmi mengesahkan khidmat pengiring trafik bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik.

Perkhidmatan itu diberhentikan sejak minggu lepas namun khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari Unit Tindakan Khas bagi Dr Mahathir masih diteruskan.

“Cuma khidmat pengiring trafik yang telah dihentikan dan kita tidak pernah mahu menarik balik khidmat pengawal pengiring atau ‘Bodyguard’ Tun M … jadi keselamatan beliau sentiasa lagi dikawal oleh pegawai polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN), di sini hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil selepas Dr Mahathir menyertai perhimpunan haram Bersih, perhimpunan bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan mengutip tandatangan untuk deklarasi diusahakan bekas perdana menteri itu yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.

“Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir … itu adalah atas keputusan saya sebagai Ketua Polis Negara. Apa guna kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

“Oleh itu saya berharap Tun M faham terhadap kedudukan PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang mendukung Rukun Negara. Jadi kalau ada pihak yang melanggar undang-undang, macam mana kita nak sokong,” katanya

Semalam Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berhubung khidmat pengiring bermotosikal polis ke atas Dr Mahathir bukan dasar Kementerian Dalam Negeri.

Justeru itu, Ahmad Zahid menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara.

Bagaimanapun Khalid tidak menolak kebenaran untuk Dr. Mahathir memohon kepada PDRM sekiranya mahu menggunakan pengiring trafik ketika menghadiri sesuatu acara rasmi.

“Sekiranya Tun M mahukan khidmat itu (pengiring trafik), permohonan perlu dikemukakan kepada saya terlebih dahulu dan kita akan beri khidmat iringan trafik jika majlis yang akan beliau hadiri adalah acara rasmi kerajaan serta tidak melibatkan pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Khalid turut memberi amaran keras kepada pihak tidak terlatih yang secara sukarela cuba memberi perkhidmatan pengiring bermotosikal kepada Dr Mahathir.

“Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri mereka, tetapi turut membahayakan orang lain kerana mereka tidak terlatih untuk membuat iringan kepada orang kenamaan dan tindakan itu jelas menyalahi undang-undang,” tegasnya.

24,604 pengundi awal buang undi bermula 8 pagi

KUCHING: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) bermula pukul 8 pagi.

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan masing-masing boleh mengundi di 79 pusat pengundian.

Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat lagi akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut senarai SPR, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan DUN – Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas.

-BERNAMA

Idea DAP halang polis, tentera undi tidak masuk akal – KPN

KUCHING: Anggota polis yang berasal dari Semenanjung berhak mengundi di Sarawak sekiranya mereka telah mendaftar di stesen-stesen mengundi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai menjawab desakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mahu Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menyekat anggota polis dan tentera yang berasal dari Semenanjung, termasuk ahli keluarga mereka, dari membuang undi di Sarawak.

“Kita kena benarkan mereka (anggota) mengundi sekiranya mereka telah mendaftar di stesen-stesen mengundi di Sarawak. Itu hak mereka.

“Kita tidak boleh halang mereka sekiranya mereka telah daftar secara rasmi.

“Cadangan DAP itu tidak masuk akal dan bercanggah dengan Akta Pilihan Raya,” kata Khalid.

Chieng Jen berkata di Kota Sentosa sahaja, jumlah pengundi tentera telah bertambah sebanyak 400 kepada 3,300 pengundi, dan daripada jumlah itu kira-kira 80% adalah dari Semenanjung.

Di Stakan, lebih 47% adalah pengundi Semenanjung.

Ketika ditanya perkembangan terkini proses kempen pilihan raya, Khalid berkata setakat ini sebanyak 74 laporan polis telah diterima dan polis telah membuka 64 kertas siasatan.

Khalid berkata tiada kes yang serius setakat ini.

“Hanya bendera dan poster terjatuh. Tidak ada apa yang menarik.”

Sarawak akan membuang undi pada 7 Mei ini.